Tuesday, 27 June 2017

Bercerai Kerana Ibu Mertua



Assalamualaikum wbt.

Asy dah dalam bas Sani Express, nak balik ke Klang sebab esok Mr Fikri dah masuk kerja balik. Nanti dalam entri yang lain, Asy akan bagi review tentang Sani Express.

Entri kali ni, Asy nak share satu cerita yang Mr Fikri cerita pada Asy semalam.

Faiz (bukan nama sebenar) dah berkahwin dengan Zue (bukan nama sebenar). Faiz berkerja sebagai pekerja kilang. Zue tidak berkerja.

Selepas berkahwin, Faiz dan Zue tinggal serumah dengan ibu bapa Faiz. Zue merupakan anak jati Jawa. Apa kaitannya, nanti Asy akan ceritakan.

Ibu bapa Faiz sebenarnya tak berapa berkenan dengan Zue sebab dikategorikan sebagai menantu yang low standard. Yelah, Zue kan tak berkerja. Biras-biras Zue semuanya hebat-hebat. Akauntan, doktor.

Tapi, Zue pejamkan mata hal tu. Zue ni rajin sangat tau. Paling selalu tolong mertuanya buat kerja rumah.

Orang kalau dah tak suka, buatlah apa pun, dia tetap takkan suka. Mettua Zue setiap hari akan mengadulah pada Faiz bagitau Zue ni tak pandai buat kerja rumahlah. Bukan tak pandai sebenarnya. Cuma lain orang, lain caralah kan. Ini dilema menantu-menantu perempuan tau sebenarnya.

Faiz ni pulak jenis "Yes-Mom-Man". Dia terima bulat-bulat apa yang mak dia cakap, tanpa usul periksa. Faiz pun selalulah tegur Zue, supaya rajin, tolong ibunya.

Makin lama, mak Faiz makin lain perangainya. Dengan slumber marah Zue di depan Faiz. Faiz buat tak tahu. Tak defend Zue. Menjaga maruah isterinya. Awal-awal, Zue diam. Cuba untuk bersabar.

Hari berganti bulan. Bulan berganti tahun. Faiz dan Zue dikurniakan cahaya mata. Mak Faiz mengambil cucunya dari jagaan Zue. Katanya, dia pasti mengasuh cucunya jauh lebih baik dari Zue. Faiz macam biasa. "Yes-Mom".

Kau rasa? Zue seronok ke? Zue dah hilang hak sebagai ibu, dan suaminya pula diam membatu.

Mungkin Faiz ingat, ibunya buat begitu nak ringankan beban mereka suami isteri.

Masuk anak kedua, perkara yang sama juga berlaku. Ibu mertua Zue mengambil si anak untuk diasuh dengan caranya. Yelah, mereka kan duduk serumah.

Dek kerana tak tahan dengan sikap ibu mertuanya, Zue kerap minta Faiz untuk tinggal berasingan dengan ibunya, untuk menjaga hubungan baik antara dia dan mertuanya. Mereka pindah, tapi anak-anak tetap duduk dengan nenek mereka (ibu Faiz).

Zue rasa dah hilang tahap kesabaran. Zue pun mohon kerja, dan berulang-aliklah Zue untuk berkerja. Buat apa duduk dekat rumah, anak-anak pun mak mertua yang jaga. Suami pun balik kerja tak terus balik ke rumah sewa mereka, balik lepak di rumah maknya. Jam 10 malam baru balik ke rumah sewa.

Tapi kan, hati manusia ni. Asy rasa Zue ni jenis pendamkan perasaan, untuk bersabar niat asalnya. Lama kelamaan, dia merebak. Sabar pun hilang.

Tiba-tiba satu hari Zue tak ada di rumah! Apa yang ada hanyalah sehelai kertas, bagitau dia dah tak tahan duduk sebumbung dengan Faiz.

Anak pun dia tak jenguk. Walaupun Asy belum lagi jadi seorang ibu, tapi Asy sangat faham, takkan ada ibu yang tegar nak tinggalkan anak begitu saja melainkan hatinya dah koyak teruk. Barangkali sudah tak mampu bertahan dengan keadaan yang makin menekan.

Wanita begitulah dia. Sekeras mana pun dia, sekasar mana pun dia, hatinya lembut.

Kau nampaklah wanita tu buat dek je. Kau kadang nampak wanita tu muka tak ada perasaan je. Tapi dalam hati dia, hati dia tu yang kuat. Dipendam. Disorok. Segala derita.

Dia gagahkan hati dia supaya kuat. Supaya jangan cepat mengalah dengan tekanan hidup. Dia tumpahkan air matanya dengan suaminya, yang berjanji jadi teman sehidup semati. Dia menunjukkan lemahnya dia depan Yang Esa.

Tapi kalau suami sendiri pun butakan mata dan hati, tak nak dengar keluhan dan tangisan isteri sendiri, ke mana lagi dia boleh salurkan perasaannya?

Asy masa dengar Mr Fikri cerita, Asy diam. Lama Asy diam. Asy balas simple je dengan suami,

"Abang, kalau sayang kat tempat dia, sayang mungkin akan buat benda yang sama. And off course, I will see you in court untuk dapatkan hak-hak sayang."

Oh ye. Pasal Jawa dan orang Utara. Sebenarnya, banyaklah juga Asy macam dengar orang cakap, orang Utara ni kalau tau bakal spouse dia Jawa, si family was like tak boleh terima sangat.

Pasai pa? Ceq pun teringin nak tau. Siapa tau share nohhh.

P/s: Sis masih bertabah dalam bas. Bila nak sampai Klang oiiii.


2 comments:

  1. Teruk juga masalah Zue ni. Mudah-mudahan Zue kuat untuk teruskan hidup. Pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Ros. Tapi family suami still blame si Zue... Kesian sangat Zue

      Delete